Anna Hazare

Kisan Baburao Hazare (lahir pada 15 Jun 1937) lebih dikenali sebagai 'Anna Hazare' merupakan aktivis sosial di India .Namanya diingati kerana Peranan dan sumbangan kepada pembangunan dan penstrukturan Ralegan Siddhi , sebuah kampung model di Parner taluka, daerah Ahmednagar , negeri Maharashtra , India.Beliau diberi Anugerah Padma Bhushan oleh kerajaan India pada tahun 1992.Anna Hazare melancarkan mogok lapar pada 5 April 2011 untuk memberi tekanan kepada kerajaan India agar segera menggubal akta anti-rasuah .Ekoran itu ramai menyokong Hazare dan membantah kerajaan India. Puasa berakhir pada 9 April 2011, sehari selepas semua tuntutan Hazare telah dipersetujui.Jawatankuasa bersama dibentuk bagi menggubal Rang Undang-Undang Lokpal yang berkesan .Akhbar India Daily News menyenaraikan Hazare sebagai orang ke-50 berpengaruh di India dan paling berpengaruh di Mumbai.